TABUNG BERSAMA KEBAJIKAN GEMILANG POMEPURE
Tabung ini berperanan sebagai tabungan bantuan untuk semua ahli usahawan gemilang pomepure sekiranya ditimpa musibah kematian dan kecatan kekal. Disebalik simbolik kewujudan tabung ini tertanam satu nilai murni untuk memupuk sifat saling tolong menolong kearah kebajikan sesama usahawan di samping mengejar kejayaan.
Tabung kebajikan gemilang pomepure layak untuk semua usahawan dengan syarat anda membuat belian peribadi 100BV untuk 6 bulan berturut-turut sebagai syarat asas untuk melayakan anda memperolehi manfaat sebagai seorang rakan tabung kebajikan gemilang pomepure.
Ahli TGKP akan menerima RM2.50 daripada semua ahli Gemilang International Holdings (M) Sdn Bhd. Derma sumbangan ini akan diambil secara automatik daripada bonus bulanan ahli yang memperolehi bonus yang melebihi RM50.00:
Contoh ; jumlah ahli Gemilang International yang memperolehi bonus lebih daripada RM50.00 adalah 100,000 orang, maka TGKP yang bakal diperolehi adalah RM2.50 X 100,000 = RM 250,000.00 sekiranya seorang ahli TKGP meninggal dunia / cacat kekal (hilang upaya) sebelum tempoh 12 bulan (yang melepasi syarat asas), sumbangan yang berhak diterima adalah sebanyak 50%, setelah membuat belian top-up pada bulan yang tiada belian peribadi 100BV.
Sekiranya ahli TGKP meniggal dunia / cacat kekal (hilang upaya) pada bulan ke – 12 atau selepasnya (tanpa bulan yang tiada belian peribadi), berhak mendapat sumbangan sebanyak 100%. Dan sekiranya terjadi lebih daripada seorang yang ditimpa musibah pada bulan yang sama maka jumlah Tabung Kebajikan Gemilang Pomepure terkumpul akan dibahagi secara PRORATA.
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment